JOM KENALI
EKONOMI RUMAH TANGGA

Pita Ukur diperbuat daripada gentian kaca, sintetik, dan plastik, mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya, tidak memberi teguh dan tahan. Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik Gulung setelah digunakan dengan nombor yang besar di sebelah dalam dan nombor yang kecil di sebelah luar. Simpan di dalam kotak jahitan

Pembaris lurus diperbuat daripada kayu atau plastik, tepinya licin, rata dan lurus dan mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metrik. Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola dan mengukur fabrik. Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

Pembaris sesiku diperbuat daripada kayu atau plastik dan mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian dalam unit metrik. Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik dan bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengen.

Pembaris melengkung diperbuat daripada kayu atau plastik dan ukuran metrik yang terang dan jelas. Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt, dan kaki seluar semasa mendraf pola. Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

Roda surih dan karbon tukang jahit diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat, pilih roda surih mengikut jenis fabrik dan mudah bergerak apabila ditolak. Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik. Simpan di dalam kotak jahitan dan jangan lipat kertas karbon.

Kapur tukang jahit adalah kapur yang tidak mudah pecah, pilih warna yang sesuai dengan fabrik dan kapur yang dibuat daripada lilin tidak sesuai untuk fabrik sintetik. Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan garisan tanda pola pada fabrik. Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.
Matlamat
Matlamat ERT adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemhiran bagi meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ERT, pemupukan nilai murni dan pendekatan KBKK diberi penekanan dalam usaha melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengetahuan dan kemahiran ERT dikuasai melalui penerokaan bidang makanan dan pemakanan, pakaian, tempat kediaman, kekeluargaan dan hidup berkomuniti. Penguasaan ini dapat menyedarkan murid untuk mengenal pasti dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan yang sentiasa berubah. Kurikulum ini juga mampu membentuk murid yang celik teknologi supaya dapat menyumbangkan secara optimum dan berkesan kepada pembangunan masyarakat.