top of page

Pengenalan

Ekonomi Rumah Tangga (ERT) ialah satu mata pelajaran elektif di Sekolah Menengah Atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Mata pelajaran ini memastikan wujudnya kesinambungan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah.

Bidang pengajian ini berbentuk gunaan dan developmental. Oleh itu kurikulum ini disusun supaya bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik. Mata pelajaran  ERT membekalkan murid dengan pengetahuan dan keupayaan mengembangkan kemahiran dalam penggunaan sumber bagi meningkatkan kualiti hidup. ERT juga memupuk minat dan kecenderungan murid supaya menjadi individu yang berdikari, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, peka kepada perkembangan teknologi dan ekonomi semasa. Dengan itu mereka dapat mencapai kesejahteraan diri dan mampu memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga dan masyarakat.

Pengetahuan, kemahiran dan pembentukan sikap melalui mata pelajaran ini membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan serta berkeupayaan membuat keputusan mengikut keperluan semasa dan akan datang.

© 2023 by Ann Young. Proudly created with Wix.com

bottom of page