top of page

organisasi kurikulum

Kurikulum Ekonomi Rumah Tangga berasaskan kepada tiga aspek iaitu teknologi, pengurusan dan pembangunan manusia. Aspek teknologi lebih menitikberatkan kepada sumber manusia dan bukan manusia. Aspek pengurusan lebih berfokus pada tujuan dan matlamat pemgurusan, perancangan dan organisasi serta penilaian. Manakala aspek pembangunan manusia, menitikberatkan nilai murni, pengayaan kendiri dan keceriaan serta keselamatan. Dalam proses pengajaran pembelajaran Ekonomi Rumah Tangga, unsur nilai murni dan keusahawanan diberi penekanan merentas tiga bidang, iaitu Makanan dan Pemakanan, Pakaian, dan Keluarga dan Tempat Kediaman.

Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini berorientasikan hans-on dan minds-on, serta mengambilkira potensi murid di samping memberi memberi penekanan ke arah melahirkan individu yang kritis, kreatif dan inovatif agar berupaya membuat keputusan yang bijak ke arah pembangunan masyarakat yang seimbang, berdikari dan berketrampilan.

© 2023 by Ann Young. Proudly created with Wix.com

bottom of page